BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

MAKSUD LAWAK .

Mari belajar berberapa perkara penting tentang jenis jenis lawak supaya anda semua tahu bila dan bagaimana nak buat lawak yang best.

Lawak Bodoh.
Ini adalah sejenis lawak yang selalu dibuat oleh orang orang bodoh untuk orang orang bodoh. Lawak jenis ini secara kebiasaannya akan menggunakan perkataan perkataan bodoh, bangang, tolol, idiot dan sebagainya. Lawak ini amat susah untuk difahami oleh orang orang yang pandai. Kebiasaannya juga, pelawak akan menggunakan mimik muka untuk menghasilkan kesan lawak bodoh yang lebih dramatic. Jeritan jeritan yang dianggap cool seperti “ kau bodoh!”, “tolol” akan sentiasa kedengaran ketika membuat lawak ini. Mereka yang terlibat selalu akan sanggup merendahkan IQ sendiri untuk mencapai objective lawak bodoh mereka.

Lawak Slapstick.
Lawak slapstick, atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai lawak lempang kayu ada sejenis lawak yang berbentuk fizikal. Lawak ini tidak jauh bezanya dengan lawak bodoh di atas. Kebiasaannya, tukang buat lawak akan menampar muka audience yang tidak mempunyai perasaan dan berhati keras seperti kayu untuk membuat mereka ketawa. Dari perbuatan inilah timbulnya perkataan lawak slapstick ini. Lawak ini juga sesuai untuk golongan kanak kanak yang tidak dapat menangkap maksud lawak yang kadang kadang tersembunyi. Dengan yang demikian jugalah menyebabkan pelawak pelawak slapstick ni selalunya mengenakan kostum ketika membuat lawak. Antara kostum yang popular ialah uniform sekolah, kostum monyet serta binatang binatang lain, orang tua rambut uban pakai kain pelikat dan lain lain. Tukang buat lawak slapstick ini juga tidak segan silu untuk melompat lompat seperti kera kena belacan.

Lawak Spontan.
Ini adalah lawak yang dibuat secara tidak sengaja atau tanpa sebarang perancangan awal. Lawak lawak jenis ini biasanya berkisar kepada keadaan, tempat dan audience. Pembuat lawak jenis ini perlu berhati hati untuk menjaga sensetiviti orang sekeliling. Sebagai contoh, seorang lelaki yang membuat lawak spontan di hadapan isterinya untuk berkahwin lagi seorang ketika melihat wanita cantik melintas di hadapan akan membawa kecelakaan terhadap dirinya sendiri. Membuat lawak spontan ketika majlis rasmi adalah sangat sangat dilarang.

Lawak Lucah.
Sejenis lawak yang hanya dipelopori oleh kaum lelaki kerana mereka mempunyai daya imaginasi dan fikiran yang lucah. Agak jarang kedengaraan seorang wanita sejati membuat lawak lawak lucah kecuali wanita itu memang seorang yang gatal. Lawak lucah terbahagi kepada 2 jenis, iaitu jenis sulit dan jenis tidak sulit. Jenis lawak lucah sulit selalunya berkisar kepada alat alat sulit samada alat sulit lelaki atau wanita. Ini adalah lawak lucah melampau. Antara contoh lawak lucah melampau ialah VCD Kehidupan Terlampau Seorang Pramugara.

Lawak lucah tidak sulit ialah lawak yang menggunakan kiasan dan mempunyai dua maksud. Ini adalah demi keselamatan pembuat lawak supaya tidak ditampar oleh mana mana individu akibat lawak lucah tersebut. Sekiranya anda seorang perempuan bekerja dan selalu didedahkan dengan lawak lucah, anda boleh pegi komplen kepada pihak pengurusan tentang sexual harassment. Walau bagaimana pun, anda perlulah berhati hati ketika membuat aduan tentang lawak lucah jenis tidak sulit kerana ianya mungkin akan membinasakan kredibiliti anda sendiri. Disebabkan lawak jenis ini mempunyai dua maksud, tukang buat lawak akan menggunakan alasan anda sebenarnya yang berfikiran lucah kerana anda telah tersalah anggap maksud sebenarnya.

0 comments: